Tuesday, 31 May 2011

Hari Pertama di Istanbul..

Tempat pelancongan yang memang aku tunggu2...Istanbul. Percutian yang sangat menarik dan berbaloi bagi aku, suami tersayang dan aiman permata hatiku.Gembira dapat bercuti bersama2. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 10 jam. Kami bertolak dari KLIA pada jam12.00 mlm pada hari Selasa bersamaan 18hb Mei 2011. Tiba di Airport Ataturk lebih kurang jam 8.00 pg. Suka aiman, kecik2 dah dapat jalan jauh...Dari airport ke tempat penginapan kitaorg naik tram. Sangat jimat. sehala 1.7 L. Klu taxi dah 10L. Untuk makluman masa aku p matawang sana 1L bersamaan RM 2.50. Nak masuk toilet pun 1L. Klu sini kene 50sen pun dah bising. So...sebelum kuar bilik lepas la hajat anda terlebih dahulu yer....


Hari Pertama.....

Telefon kanak2


Ni tgh tunggu nak beli tiket tram. Aiman dah boring  la tu. ntah sape la yang dier nak call. Ops klu nak tau tu adalah telefon tp rendah giler. Aiman pun sampai capai ganggang tepon.

Bandar Turki
Tukar tram sempat lagi berposing yer...Tempat dier cantik2...gambar yang aku snap byk tp yang ntah ape2...

Tram


Tram ni yang kitaorg naik...Baru je sampai Sultahnahmed. Kitaorg memang cari hostel area Sultanahmed coz di sini tempat tumpuan para pelancong. Sungguh cantik pemandangan Istanbul.  Penginapan yang kami pilih agak berpatutan memandangkan kami lambat booking. Kami sampai hostel dalam pukul 10.30 pg istanbul. Check-in jam 12.00. Kami tinggalkan barang di sana dan kuar jalan2. Tanpa membuang masa tempat pertama yang kami tuju ialah Blue Mosque ataupun Masjid Biru...Memang cantik unik bangunan dier. Masjid ni paling lama di Istanbul. Masih digunakan hingga kini. Kebayakkan masjid yang di bina pada masa skang masih menggunakan rekabentuk yang sama. Waktu malam bumbung masjid nampak kebiruan dan lebih cantik pemandangan waktu malam.

Blue mosque

 Lepas penat amik gambar ktorng blk check-in. Lepas makan, mandi dan rehat jap pastu petang kul3 ktorng kuar jalan2. Xnak rugikan masa sebab banyak tempat menarik kat Istanbul.



Aku pun xtau ape bende ni...Macam bahasa Sanskrit pun yer gak...makna aku x paham. 

Bas 2 tingkat....Mahal gak nak naik ni...

Hagia Sophia merupakan sebuah muzium. Dalam ni ada masjid dan dibawahnye dulu adalah sebuah gereja.

Ondaway ke Topkapi ada peminat cilik nak amik gambar ngan aku..Mesti dier tgk aku pelik kan....

Macam sinki basuh tangan tapi xde air pun. Banyak plak tu sinki comel mcm ni.... 



Aku suka background ni...Europe

Muzium Topkapi....
 Muzium ni aku memang sarankan korang masuk klu dah kat Istanbul, banyak penginggalan kerajaan Turki yang boleh kita tgk. Sayangnya aku xleh amik gambar. Terdapat beberapa peninggalan pedang Rasululllah, janggut, baju anak Rasulullah...Pedang2 sahabat. Sejarah mengatakan para sahabat membawa pedang dan barang2 lain ke Turki untuk di selamatkan dari pihak Quraisy. Sejauh mana kebenaran kena lah baca atau kaji balik sejarah nabi....


Pintu masuk Muzium Topkapi- Kapi maksud 'pintu'
Aiman ngan gaya tersendiri...peace no war
Selepas habis menjelajah dalam muzium yang besar ni kaki pun dah sakit2...nak menapak balik ke hostel lagi....Untuk hari ke dua kita sambung episod akan datang....Banyak lagi gambar yang cantik2.....tapi klu dapat tgk depan mata sendiri lagi puas hati...ok......




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...