Wednesday, 12 October 2011

Gambar Raya di Kuala Nerang

Gambar berhari raya....sedondon lagi....Senorok sebab dapat raya umah aku...ikut giliran tu....Aiman mukanya ngantuk...nak nangis pun ada. Pagi-pagi dah bangun mandi nak ikut ayah gi masjid. Bagus nye anak mama yer....Wahhhh.....kat bawah aku dan hubby......senyum...




Thursday, 7 July 2011

CIUM ANAK DAPAT PAHALA

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam




Wednesday, 6 July 2011

PEMANDANGAN YANG SUNGGUH INDAH KETIKA MATAHARI JATUH DI AVILION

Monday, 4 July 2011

Tip menurunkan berat badan


Bergantung kepada ketinggian tubuh anda (dan bukannya umur anda), doktor akan menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes menggunakan pengiraan indeks jisim tubuh (BMI).
Saya anggarkan, dengan berat badan 98 kg, anda mungkin termasuk dalam kategori obes. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.
l Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.
Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.
Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.
l Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.
l Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.
* Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.
* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh. Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ.
Sebarang tambahan baik dari segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit, sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.
* Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).
* Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.
Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.
* Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.
Untuk mengurangkan berat badan secara berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga berjaya!

Friday, 1 July 2011

Avilion Admiral Cove Port Dickson

OOh....alangkah indahnya kalau ketika ini aku bersama husband n son kat Avilion ni...Sungguh menenangkan dan indah tempat ni....Apakan daya ku...Aku kena kursus da kat cn...Teman sebilik aku kak nah...hahaha...
Asyik dok layan Nora Elena jer.....

Ha.....nak tengok bilik kitaorg x? Jeng....jeng....jeng...........Ni malam first so amik gambar dulu coz besok confirm dah x jd macam ni....Al-maklum jer la.......Jadual boleh tahan full gak ar.....

katil single untuk 2 orang.....





Sofa untuk lepak2 n tgk tv...




Tempat nak minum...makan.....bla.....cit-cat....

Tuesday, 7 June 2011

Perangkaan Bertukar Pejabat Pos

Penat sangat skang sejak BE (Banci Ekonomi) nak start semua sibuk....Dah 2 minggu menampal label dan masuk borang. Kitaorng ni dah macam keje kat pejabat pos. Borang belambak-lambak..xtau biler nak siap... Banyak giler....huhuhu......Boleh ker BE siap hujung tahun ni....Wakakakaka.........

Tuesday, 31 May 2011

Hari Pertama di Istanbul..

Tempat pelancongan yang memang aku tunggu2...Istanbul. Percutian yang sangat menarik dan berbaloi bagi aku, suami tersayang dan aiman permata hatiku.Gembira dapat bercuti bersama2. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 10 jam. Kami bertolak dari KLIA pada jam12.00 mlm pada hari Selasa bersamaan 18hb Mei 2011. Tiba di Airport Ataturk lebih kurang jam 8.00 pg. Suka aiman, kecik2 dah dapat jalan jauh...Dari airport ke tempat penginapan kitaorg naik tram. Sangat jimat. sehala 1.7 L. Klu taxi dah 10L. Untuk makluman masa aku p matawang sana 1L bersamaan RM 2.50. Nak masuk toilet pun 1L. Klu sini kene 50sen pun dah bising. So...sebelum kuar bilik lepas la hajat anda terlebih dahulu yer....


Hari Pertama.....

Telefon kanak2


Ni tgh tunggu nak beli tiket tram. Aiman dah boring  la tu. ntah sape la yang dier nak call. Ops klu nak tau tu adalah telefon tp rendah giler. Aiman pun sampai capai ganggang tepon.

Bandar Turki
Tukar tram sempat lagi berposing yer...Tempat dier cantik2...gambar yang aku snap byk tp yang ntah ape2...

Tram


Tram ni yang kitaorg naik...Baru je sampai Sultahnahmed. Kitaorg memang cari hostel area Sultanahmed coz di sini tempat tumpuan para pelancong. Sungguh cantik pemandangan Istanbul.  Penginapan yang kami pilih agak berpatutan memandangkan kami lambat booking. Kami sampai hostel dalam pukul 10.30 pg istanbul. Check-in jam 12.00. Kami tinggalkan barang di sana dan kuar jalan2. Tanpa membuang masa tempat pertama yang kami tuju ialah Blue Mosque ataupun Masjid Biru...Memang cantik unik bangunan dier. Masjid ni paling lama di Istanbul. Masih digunakan hingga kini. Kebayakkan masjid yang di bina pada masa skang masih menggunakan rekabentuk yang sama. Waktu malam bumbung masjid nampak kebiruan dan lebih cantik pemandangan waktu malam.

Blue mosque

 Lepas penat amik gambar ktorng blk check-in. Lepas makan, mandi dan rehat jap pastu petang kul3 ktorng kuar jalan2. Xnak rugikan masa sebab banyak tempat menarik kat Istanbul.



Aku pun xtau ape bende ni...Macam bahasa Sanskrit pun yer gak...makna aku x paham. 

Bas 2 tingkat....Mahal gak nak naik ni...

Hagia Sophia merupakan sebuah muzium. Dalam ni ada masjid dan dibawahnye dulu adalah sebuah gereja.

Ondaway ke Topkapi ada peminat cilik nak amik gambar ngan aku..Mesti dier tgk aku pelik kan....

Macam sinki basuh tangan tapi xde air pun. Banyak plak tu sinki comel mcm ni.... 



Aku suka background ni...Europe

Muzium Topkapi....
 Muzium ni aku memang sarankan korang masuk klu dah kat Istanbul, banyak penginggalan kerajaan Turki yang boleh kita tgk. Sayangnya aku xleh amik gambar. Terdapat beberapa peninggalan pedang Rasululllah, janggut, baju anak Rasulullah...Pedang2 sahabat. Sejarah mengatakan para sahabat membawa pedang dan barang2 lain ke Turki untuk di selamatkan dari pihak Quraisy. Sejauh mana kebenaran kena lah baca atau kaji balik sejarah nabi....


Pintu masuk Muzium Topkapi- Kapi maksud 'pintu'
Aiman ngan gaya tersendiri...peace no war
Selepas habis menjelajah dalam muzium yang besar ni kaki pun dah sakit2...nak menapak balik ke hostel lagi....Untuk hari ke dua kita sambung episod akan datang....Banyak lagi gambar yang cantik2.....tapi klu dapat tgk depan mata sendiri lagi puas hati...ok......




Sunday, 15 May 2011

ict shah alam

Hujung minggu lalu aku n famili bawa along (anak buah) p jalan2 ict. Nak kata syok sangat tu x gak. Tapi boleh la bw famili amik gambar coz cantik2 lampu yg di gubah. Dulu p x byk2 sangat...Skang macam2 ada. Ada zoo mini, snowhouse, bergambar ngan burung dan byk lg...tp semua ni berbayar tau. Masuk parking pun Rm10.


Ni gambar kitaorg ngan 'golden people'...Sape2 berminat nak tangkap gambar ngan dier kene bayar minimum rm2. Ikut ikhlas kita nak bagi brapa. Dunia skang semua duit...


Ayuh...ayuh...lari....Kuda ku lari gagah berani....Ha nak naik ni RM5. Aiman foc. Syok gak naik kete kuda menikmati angin malam ict setelah penat berjalan2....




Ni taman lembu...ada zirafah gak.....Nak masuk ni pun kena bayar rm2seorang.....Kayo la ye diaorang....Aku amik gambar dari luar jer.....


Aku suka gambar kat lampu putih ni nampak cerah......Amik gambar byk2 yer......


Ai....main sorok2 balik pokok plak...Awas ngan pokok ni takut terkena renjatan jek.....huhuhu....



Thursday, 5 May 2011

SELAMAT HARI IBU

Ibu...Ibu...Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu
Ibu...Ibu... Engkau lah ratu hatiku........

Selamat Hari Ibu khas buat mak yang aku sayangi....Tak lupa juga kepada ibu mertuaku di kampung. Pengorbanan mu tidak akan ku lupa. Mak selalu menjadi tempat untuk ku bercerita di kala aku keboringan atau kesusahan. Walaupun dok jauh dari mak, aku slalu tepon. Bila balik kampung masa aku padat untuk famili di kampung. Kadang2 bila nak balik Shah Alam mesti aku nangis.... Dah besar2 pun nangis... Bab ni aku sensitif sikit.Dulu masa blajar x macam ni...Ye la skang dah jadi milik org...Jumpa pun 2 atau 3 bulan sekali...Bila balik nak kena bahagi masa lagi 2 hari umah suami 2 hari umah aku. Mana puas kejap sangat. Nak wat camne dah keje. Aku suka sangat masakan mak aku terutama masak lemak perut, ketupat palas dan gulai ikan keli. Mak banyak tolong aku dan adik-beradik yang lain...Semoga mak di murahkan rezeki dan limpahi kasih sayang...HARGAI LAH IBU KITA SEMASA HAYATNYA...JIKA KITA MEMUTUSKAN IKATAN DENGAN IBUBAPA BEEERTI KITA MEMUTUP PINTU REZEKI. RESTU IBU MEMBAWA BERKAT....AMIN

Tuesday, 26 April 2011

Sesi Bergambar Seksyen Perkhidmatan



  






Opis sudah BERTUKAR. Ingatkan strategi bos jer dah bertukar2. Tapi klu lebih baik lagi bagus. Tengok la opis yang sebelum ni, merah panas membara. Skang hijau...sejuk mata memandang.

Monday, 18 April 2011

Gara-gara 5'S


Gara-gara 5'S, huru-hara opis di kerjakan dek budak2 ni...tgk sampai en. rofli pun nak di timbus ngan fail.Klu yer pun banyak kerja agih ler fail tu pada penyelia lain. Klu bahagian lain nak tahu ni la progress kitaorg yang dasyat.


Alamak En. Rofli dah timbus...Ape lagi kiter bakor ajer.....huhuhu...bukan bakar En. Rofli tp fail tu ...




 Dak2 ni dah macam pekerja indon jer..cian diaorang.

 Hai cekak pingang jer si afzan ni...




Apelah yang si Efa tu membebel agaknye yer...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...